Apakah yang Sebenarnya Terjadi?
Pemilihan calon UPU bukanlah rawak. Hal ini demikian kerana pengambilan kemasukan pelajar baharu ke Universiti Malaya (UM) dibuat melalui proses saringan Unit Pusat Universiti (UPU) dan pengambilan terus secara bersyarat oleh pihak universiti itu, menurut Naib Canselor UM, Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman. Ini dapat menguatkan lagi bahawa pengambilan ini dilakukan secara saringan bukannya rawak. Mereka mengadakan pengambilan bersyarat supaya dapat menghasilkan graduan yang berkualiti. Selain itu, proses rayuan juga menggunakan sistem ranking dalam mencukupkan kouta dalam program perakauan di UM.
Apakah Respon KPT dalam Isu ini. Adakah Sistem UPU adalah telus dan relevan?
Kementerian Pelajaran Tinggi memberikan jaminan kepada pelajar dalam melanjutkan pelajaran peringkat universiti adalah melalui proses prinsip metriokrasi dan masih relevan sehingga hari ini. Hal ini bertujuan kerana, prinsip ini dapat melahirkan graduan yang berkualiti pada masa depan mengikut sektor-sektor yang sedia ada. Walau bagaimana pun, sejauh manakah sistem ini akan bertahan?
Pandangan Admin tentang Isu Ini
Pada pandangan admin sebagai ahli akademik berpendapat bahawa, tidak dinafikan bahawa terdapat pelbagai persaingan dalam Malaysia. Hal ini demikian kerana, ramai pelajar ini mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang luar biasa dan cemerlang. Akan tetapi, adalah penting untuk kita memastikan kita sentiasa "berpijak pada bumi yang nyata" bahawa kita tidak berseorangan dalam mencapai kejayaan dan percayalah bahawa akan ada orang lebih baik daripada kita. Selain itu, sistem pemilihan pelajar dalam melanjutkan pelajaran di peringkat universiti berdasarkan prinsip metriokrasi adalah penting dalam memastikan keadilan bagi setiap pelajar dan tidak menolak kemungkinan terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Walaupun begitu, saya tidak 100% mengkritik sistem ini kerana sistem ini adalah yang paling optimum dan tidak berkait mana yang betul mahupun salah. Admin juga menegaskan bahawa Admin tidak menyebelahi kedua-dua belah pihak tetapi alangkah baiknya kita memberikan solusi yang terbaik dan jangan dikaitkan dengan politik. Tidak dinafikan, perkara ini bukanlah kali pertama berlaku dan hampir setiap tahun terjadi tetapi apabila dikaitkan politik ianya menjadi isu yang menimbulkan banyak tanda tanya khususnya orang awam. Saya berbicara ini bukan menyentuh isu perkauman dan politik tetapi adalah baik kita mencari solusi yang membawa kesepakatan bersama walaupun mempunyai kouta yang telah ditetapkan. Saya percaya bahawa kita boleh mencapai kata kesepakatan ini tetapi perlulah diingatkan apabila datang satu peluang yang baharu, maka kejarlah dengan sebaiknya.
Kesimpulan
Sudah terang lagi bersuluh, semua pihak tidak salah tetapi perlunya ada perbincangan yang boleh mencapai kesepakatan bersama dalam menangani isu ini. Hal ini penting kerana, setiap orang ada hati dan perasaan. Mereka semua perlu memikirkan segala cara dalam mencapai kesepakatan bersama walaupun pahit untuk dikatakan. Oleh itu, semua pihak perlulah memainkan peranan yang penting dalam memastikan semuanya berjalan dengan lancar dalam memastikan kejayaan dan kesejahteraan bagi pelajar terjamin.
Rujukan
Bernama - https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2465610
Astro Awani - https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/selain-tawaran-melalui-upu-um-turut-buat-pengambilan-bersyarat-naib-canselor-um-538017%3famp=1
Ulasan
Catat Ulasan