Langkau ke kandungan utama

Berita gembira untuk kami, AdSense telah diterima.


Assalamualaikum, berita terbaik untuk pihak kami bahawa kami akan dapat approval daripada pihak Google AdSense di mana perkara ini akan menyebabkan website ini akan ada beberapa iklan dalam menyokong income pihak sekolah dalam menaiktaraf infrastruktur sekolah. Kami admin sekolah akan bertungkus lumus dalam memastikan iklan yang dijalankan berjalan dengan baik dan tidak mengganggu pihak tuan/puan ketika membaca artikel ini. 

Apa Fungsi Iklan dalam Website Sekolah ini
Iklan dalam website ini berfungsi dalam menyokong income pasif kami dalam memastikan misi ajk BKSA Seri Muafakat dapat dicapai dalam menaiktaraf infrastruktur sekolah ini. Hal ini kami tidak hanya bergantung kepada pendapatan daripada penderma sahaja tetapi mencari jalan alternatif dalam membantu kewangan badan kebajikan sekolah ini.

Apakah Tindakan Seterusnya?
Insya-Allah, kami akan sentiasa mengemaskini artikel dan aktiviti dalam memastikan iklan AdSense berjalan dengan lancar dan memastikan tidak berlakunya pelanggaran sebarang peraturan yang telah ditetapkan. Banyak sekali, bias yang kami hadapi tetapi kami tidak akan berputus asa dalam menyampailan mesej-mesej yang penting dan aktiviti sekolah yang berjalan sepanjang tahun. 

Iklan ini Mengganggu Pembacaan Saya
Kami tahu iklan ini sedikit mengganggu segelintir pembaca. Akan tetapi, setelah dilakukan pertimbangan, kami terpaksa melakukan ini supaya dapat membantu income kami dan tidak mahu bergantung kepada pendapatan daripada derma-derma yang diterima (Terima Kasih kepada penderma). 

Kesimpulan
Natijahnya, terdapat kelebihan dan kekurangan yang kami hadapi. Insya-Allah kami akan sentiasa memperbaiki kesilapan kami dari semasa ke semasa. Insya-Allah, kami akan menadakan QR Code kepada penyumbang yang ingin menyumbang sekolah kami.

Terima kasih kerana membaca.🥰

Ulasan