Langkau ke kandungan utama

Ujian Penilaian Penggal ke 2 dan Tips menghadapi Peperiksaan

 

Bisimillah...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, Selawat Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

 

Ujian Penilaian Penggal ke -2 (UPP2) bagi sesi 2025 telah hadir, bagi setiap murid terdapat cabaran dan dugaan yang mereka hadapi. Tidak lupa pula, guru-guru yang bertungkus-lumus dalam memastikan mereka dapat memahami setiap pelajaran yang telah diajar. Selain itu, terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan seperti menyiapkan kerja sekolah dan tugasan lainnya.  Sebenarnya, terdapat cara untuk mengingati setiap pelajaran yang kita sudah pelajari. Akan tetapi, ramai diantara mereka tidak menyedari setiap potensi diri. Nak Tak, Admin share cara untuk mengingati ujian. Kalau nak, teruskan membaca...

 

Tips-tips untuk menjawab peperiksaan dan menghafal semua pelajaran termasuklah pelajaran di sekolah kebangsaan. Antaranya:-

  • 1.  Sila menumpukan segala perhatian di dalam kelas.

Ini kerana, setiap manusia mempunyai penghafalan jangka pendek yang kebiasaannya ada boleh hafal sehingga 100% selama 30 minit ke bawah. Akan tetapi, ini tidak cukup untuk menghafal 100% pelajaran yang dipelajari kerana manusia akan lupa dengan cara ini. Apa yang perlu mereka lakukan adalah catat segala pembelajaran semasa memberikan tumpuan 100% dalam kelas.

  • 2. Kuasai 3M (Membaca, menulis dan mengira) / (Membaca, menulis dan mengeja)

  Hal ini bertujuan untuk memudahkan kamu menjawab soalan dengan baik. Apabila seseorang tidak dapat menguasai 3M ini, maka dia akan sukar menjawab soalan dengan baik bahkan terdapat kesalahan ejaan yang signifikan (teruk). Kita murid-murid perlulah mengasah 3M yang menjadi asas dalam menjawab soalan dengan baik.

  • 3. Menghafal point penting sahaja.

Hal ini bertujuan, kamu tidak pening dalam menjawab peperiksaan. Kebanyakkan buku teks dan kitab memberikan penerangan yang panjang sehingga susah untuk menghafal perkataan. Tak perlu hafal banyak, cuma hafal berbentuk point sahaja. Contoh, rukun Iman, rukun Islam, rukun Solat dan lain-lain.

  • 4. Memahami soalan dan kata kunci.

Hal ini adalah penting kerana memahami soalan dan kata kunci yang diinginkan dapat memberikan jawapan yang tepat dan sesuai. Jika soalan itu minta nombor, maka jawapannya mesti dalam nombor. Contohnya, Ali mempunyai RM3 dan membeli apel RM2/sebiji. Berapakah baki duit Ali? Apabila soalan tanya "Berapakah" mesti dijawab dengan nombor seterusnya, kata kuncinya adalah "baki". Maka jawapannya mestilah duit Ali tolak duit beli apel sama dengan baki duit Ali iaitu RM1.

  • 5. Banyakkan buat latihan dan soalan.

Hal ini bertujuan dapat menambahkan kefahaman dalam menjawab peperiksaan yang sebenar. Hal ini juga dapat membantu murid dalam mencari kata kunci yang banyak serta membantu dalam penghafalan seharian.

Kesimpulannya, tiada jalan pintas untuk berjaya. Semuanya memerlukan usaha dan tenaga serta masa yang panjang dalam menghadapi peperiksaan. Oleh itu, admin ingin mengucapkan tahniah kerana kamu telah baca sehingga penghujungnya. Semoga ini dapat membantu kamu semua dalam menghadapi peperiksaan dengan lebih baik. 

Ulasan