SEKOLAH AGAMA SERI MUAFAKAT
KERTAS KERJA
SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE-68 PERINGKAT SEKOLAH
ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM
TARIKH:
27 OGOS 2025 (RABU)
MASA:
2.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
LOKASI:
DEWAN AL-AMIN
SEKOLAH AGAMA SERI MUAFAKAT
SAMBUTAN KEMERDEKAAN KALI KE-68 PERINGKAT SEKOLAH
PENDAHULUAN
Program sambutan hari kemerdekaan diadakan setiap tahun bagi memperingati hari kemerdekaan negara Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos. Program ini dijadikan sebagai program tahunan di sekolah ini. Program ini disasarkan kepada murid tahap 1 dan tahap 2 seramai 185 orang murid serta penglibatan 5 orang guru dan 3 orang ahli jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah Agama (BKSA) ini. Oleh yang demikian, dengan idea dan kerjasama dari semua pihak telah berusaha dalam menjayakan program ini dengan beberapa cadangan daripada minit mesyuarat pengurusan sekolah kali ke 4 bagi sesi 2025.
Semoga dengan program ini, semua pihak dapat memupuk silaturahim dan semangat patriotik dalam kalangan guru, ahli jawatankuasa BKSA dan para murid Sekolah Agama Seri Muafakat ini secara konsisten dan kondusif. Akhir kalam, semoga program ini dapat memberikan manfaat dan sokongan moral dalam kalangan murid, guru dan ahli jawatankuasa BKSA supaya memberikan mereka motivasi untuk kecemerlangan sekolah pada masa akan datang.
OBJEKTIF DAN MATLAMAT PROGRAM
Antara objektif program ini adalah seperti berikut:-
Dapat menimba ilmu pengetahuan dan menambah pengalaman baharu semasa program ini berlangsung.
Dapat menimbulkan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan para murid, guru dan warga sekolah.
Dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan guru, murid dan ibubapa.
Dapat memberikan motivasi kepada guru-guru dan murid-murid sekolah ini untuk mencapai kecemerlangan sekolah pada masa akan datang.
MAKLUMAT PERLAKSANAAN
Tarikh : 27 Ogos 2025
Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
Hari : Rabu
Tempat : Sekolah Agama Seri Muafakat
KUMPULAN SASARAN
Semua murid darjah 1 hingga 6 Sekolah Agama Seri Muafakat
Semua guru Sekolah Agama Seri Muafakat
ANJURAN
Unit Kokurikulum Sekolah Agama Seri Muafakat
ATURCARA PROGRAM
Rujukan pada Lampiran 1
JUMLAH PESERTA
Seramai 192 orang terdiri daripada 184 orang murid, 5 orang guru dan 3 orang ahli jawatankuasa Badan Kebajikan Sekolah Agama Seri Muafakat
JAWATANKUASA PERLAKSANA PROGRAM
Penyelaras Program |
: Ustaz Mohamad Ismail Bin Mohd Noor |
Pengerusi |
: Ustazah Norkhayati Binti Hosrin |
Timbalan Pengerusi |
: Ustazah Nur Hazimah Binti Hamidon |
Bendahari |
: Ustaz Mohamad Ismail Bin Mohd Noor |
Pengacara Majlis |
: Fathunnajjah Binti Mohd Redzuan |
Pembaca Doa |
: Muhammad Syahmi Bin Mohd Saleh |
AJK Siaraya & Persiapan Dewan |
: Ustaz Mohamad Ismail Bin Mohd Noor |
Juri Hias Topi Kemerdekaan |
: Ustazah Nur Hazimah Binti Hamidon : Ustazah Almukminah Binti Md Arifin |
Juri Hias Basikal Kemerdekaan |
: Ustazah Nur Hazimah Binti Hamidon : Ustazah Almukminah Binti Md Arifin |
Hadiah & Cenderahati |
: Ustazah Nur Hazimah Binti Hamidon |
Kawalan Keselamatan |
: Ustaz Mohamad Ismail Bin Mohd Noor |
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH
Rujuk pada lampiran 2
BELANJAWAN PROGRAM
PENDAPATAN
BIL |
BUTIRAN |
HARGA (RM) |
KUANTITI |
JUMLAH (RM) |
1. |
Kewangan Sekolah bagi Lajur Ko-kurikulum |
590.00 |
1 |
590.00 |
JUMLAH BESAR (RM) |
590.00 |
|||
PERBELANJAAN
BIL |
BUTIRAN |
HARGA (RM) |
KUANTITI |
JUMLAH (RM) |
1. |
Jamuan Makanan dan Minuman |
3.00 |
175 |
525.00 |
2. |
Hadiah Pertandingan |
2.00 |
30 |
60.00 |
3. |
Cenderahati Kuiz Kemerdekaan |
0.50 |
10 |
5.00 |
JUMLAH BESAR (RM) |
590.00 |
|||
TINDAKAN
Perbincangan dengan mesyuarat majlis guru
Membentuk jawatankuasa program
Mesyuarat jawatankuasa program
AJK melaksanakan program
Perlaksanaan program
Rumusan
PENUTUP
Program yang akan dijalankan ini diharapkan dapat memberikan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sangat berguna kepada para murid, para guru dan AJK BKS, SASM semoga program ini akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
BAGI PERINGKAT SEKOLAH AGAMA SERI MUAFAKAT
27 OGOS 2025 (RABU)
2:00 petang : Semua murid dan para guru berkumpul di Dewan Al-Amin
: Nyanyian lagu Negaraku, Bangsa Johor dan Lagu Sekolah
: Bacaan Doa dipimpin oleh Muhammad Syahmi (Wakil Pengawas Sekolah)
: Ucapan Alu-aluan Guru Besar Sekolah Agama Seri Muafakat
3:00 petang : Acara dimulai:-
: Pertandingan Kuiz Interaktif Kemerdekaan
: Persembahan Sajak Patriotik
: Nyanyian Lagu Kemerdekaan
: Persembahan Hias Basikal Kemerdekaan dan Hias Topi Kemerdekaan
: Penerangan Ringkas Kemerdekaan & Kuiz
4:30 petang : Penyampaian Hadiah
: Jamuan Makanan
5:00 petang : Berdoa & Bersurai
Tarikh : 21 Ogos 2025 / 27 Safar 1447
Hari : Khamis
Masa : 8:30 pagi
Tempat : Bilik Guru Sekolah Agama Seri Muafakat
Penglibatan : Ustazah Norkhayati Binti Hosrin (Guru Besar)
: Ustazah Nur Hazimah Binti Hamidon (GPK 1)
: Ustaz Sahrul Nizam Bin Saberan (GPK HEM)
: Ustaz Mohamad Ismail Bin Mohd Noor (GPK KOKO)
: Ustazah Almukminah Binti Md Arifin (Guru Penolong)
Pencatat : Ustazah Nur Hazimah Binti Hamidon
: Ustaz Mohamad Ismail Bin Mohd Noor
Minit Mesyuarat
Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran para guru dan mengucapkan terima kasih kerana dapat meluangkan masa hadir ke mesyuarat serta diringi dengan pembukaan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa mesyuarat. Beliau memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaraskan pengurasan pentadbiran sekolah, perbincangan aktiviti tahunan sekolah dan peruntukan yang diterima oleh pihak sekolah bagi tahun 2025.
Tindakan: makluman
Peringatan Murid yang Belum Membayar Yuran
2.1 Laporan kewangan menunjukkan terdapat 8 orang murid belum membayar yuran sekolah dan keperluannya. Para guru bersetuju untuk mengeluarkan surat peringatan pembayaran yuran sekolah dan keperluannya kepada murid yang belum menjelaskan lagi pembayaran yuran bagi sesi 2025.
Tindakan: makluman dan diambil tindakan
Majlis Sambutan Kemerdekaan
3.1 Para guru telah sebulat suara untuk mengadakan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah pada 27 Ogos 2025 (Rabu) dengan mengadakan mesyuarat ini. Segala sistem pengurusan, kertas kerja, perbelanjaan, tentatif, ahli jawatankuasa program dan pengurusan hadiah telah dibincangkan secara koheren dan telah disusun dengan sistematik dan kondusif.
Tindakan: makluman dan diambil tindakan
Majlis Sambutan Maulidurrasul
Para guru bersetuju mengadakan majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah bagi 1447H pada 10 September 2025. Selain itu, para guru juga berbincang perbelanjaan, tentatif program dan pengurusan program serta penyediaan kertas kerja. Perbincangan ini digantung seketika untuk di bawa masuk ke dalam minit mesyuarat Badan Kebajikan Sekolah (BKS) pada 27 Ogos 2025 (Rabu) bagi mengadakan perbincangan secara holistik dan meminta persetujuan daripada semua ahli jawatankuasa BKS dengan kadar segera.
Tindakan: makluman
Permohonan Peruntukan BKS untuk Membeli CCTV
Para guru telah berbincang dan bersetuju dalam melakukan permohonan peruntukan BKS untuk membeli CCTV bagi meningkatkan keselamatan murid dan sekolah. Pada akhir perbincangan, permohonan ini akan di bawa masuk ke dalam minit mesyuarat Badan Kebajikan Sekolah (BKS) pada 27 Ogos 2025 (Rabu) bagi mengadakan perbincangan secara holistik dan meminta persetujuan daripada semua ahli jawatankuasa BKS dengan kadar segera.
Tindakan: makluman
Perbelanjaan Peruntukan RM 5,000.00
Pihak sekolah menerima Bantuan Khas Bilik Guru (BKBG) bagi tahun 2025 yang telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohd Fareed bin Haji Mohd Khalid, Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor di Pejabat Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat pada 22 Februari 2025. Para guru telah berbincang dan bersetuju dalam pembelian keperluan bilik guru seperti rak buku, mesin printer dan meja serta kerusi untuk guru. Segala perbelanjaan telah didokumentasikan dalam bentuk media cetak seperti laporan bersurat dan media sosial dengan memuat naik satu video penghargaan kepada YB Dato’ Onn Hafiz Bin Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tuan Haji Mohd Fareed bin Haji Mohd Khalid, Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor serta seluruh warga kerja Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).
Tindakan: makluman dan diambil tindakan
Peruntukan dari Klinik Ezna
Pihak Pentadbiran Kewangan Klinik Ezna telah menghubungi pihak sekolah dengan memberikan makluman kepada Guru Besar Sekolah Agama Seri Muafakat menerusi platform aplikasi “Whatsapp” sebagai tindak balas dalam merespon permohonan sekolah bagi bantuan khas elektronik secara rasmi. Semua pihak bersetuju mengadakan lawatan sekolah ini secara ringkas bagi memberikan peruntukan iaitu bantuan khas elektronik seperti peralatan siaraya dan pembesar suara, LCD projektor berserta layarnya secara holistik dan koheren. Lawatan ini akan diadakan pada 27 Ogos 2025 selepas mesyuarat BKS telah dilaksanakan.
Tindakan: makluman
Rombongan Sekolah ke Melaka
Para guru berbincang dan sebulat suara dalam mengadakan rombongan sekolah ke Melaka pada 27 September 2025. Segala perbincangan seperti pemilihan tarikh, tempat yang ingin dilawati, pengurusan bajet kewangan rombongan sekolah dan penyediaan kertas kerja serta sasaran peserta telah dibincangkan dan ditetapkan secara holistik dan kondusif.
Tindakan: makluman
Hal-hal Lain
Tiada sebarang isu yang berbangkit dan bermasalah. Para guru mengakhiri mesyuarat ini dengan diringi bacaan doa.
Tindakan: makluman
Penutup
Alhamdulilah, mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan kondusif dan menghasilkan keputusan yang koheren lagikan bijaksana. Segala perbincangan ini dapat membuktikan permuafakatan antara guru, murid, AJK BKS dan ibu bapa adalah sangat kuat. Bak kata pepatah orang Melayu ada mengatakan “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh yang demikian, mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan sebulat suara dalam menentukan keputusan dalam mencapai objektif dan meningkat mutu produktiviti sekolah ini


Ulasan
Catat Ulasan