Langkau ke kandungan utama

Isu 4: Menggunakan AI dalam Mencari Solusi atau Hukum-hakam Islam

 
Kilang beroperasi dalam gelap dan dikuasakan oleh AI

Pengenalan

Pada era globalisasi kini, penggunaan kecerdasan buatan atau dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI) semakin pesat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini demikian kerana, AI banyak memberikan kesan dan manfaat yang positif dalam kehidupan seharian manusia. Pada awal kemunculannya, banyak spekulasi berkenaan AI ini seperti menggantikan pekerjaan manusia, mengawal bumi seperti filem Terminator dan sebagainya. Akan tetapi, semuanya menjadi luar batas dalam pemikiran manusia sehingga hidup bergantung dengan AI. Pada dasarnya, AI ini ditugaskan untuk menjadi alat dalam menggantikan pekerjaan manusia yang sangat bosan dan berulang-ulang. Selain itu, AI juga dapat menjimatkan masa dan kos dalam menghasilkan produk yang mempunyai kaedah yang sama dan berulang-ulang. Di China, syarikat-syarikat teknologi yang gergasi dan moden telah membina teknologi AI sebagai pengganti manusia yang mempunyai kos yang semakin meningkat saban hari (kos ini meningkat kerana kadar inflasi yang semakin meningkat). Kajian dari Negara Tembok Besar China menunjukkan beberapa penemuan berdasarkan kajian mereka. Pertama, mereka dalam menghasilkan barang yang kuantiti dengan banyak dan berkualiti tinggi berbanding buatan manusia yang mempunyai kecacatan produksi 50% ke atas. Kedua, data menunjukkan bahawa kilang boleh beroperasi pada waktu malam atau tiada lampu dengan bantuan teknologi AI. Kedua-dua penemuan ini adalah cukup jelas bahawa manusia akan mengevolusi teknologi semasa dan sekali gus mengundang cabaran manusia pada era masa kini perlu beradaptasi dengan AI supaya tidak ketinggalan atau AI akan mengambil pekerjaan mereka.

 

Kelebihan AI dalam Memberikan Jawapan

    AI seperti ChatGPT, Gemini, Microsoft Co-Pilot dapat memberikan jawapan yang tuntas berdasarkan pengetahuan yang dilatih serta penggunaan server internet. Semua sedia maklum, Ai ini beroperasi 24 jam sehari tiada henti mahupun cuti seperti manusia pada umumnya. Antara kelebihan AI dalam kehidupan seharian manusia adalah memberikan jawapan dengan pantas. Hal ini demikian kerana, AI akan memberikan jawapan yang lebih koheren dan mengikut kehendak kita. Selain itu, menjimatkan masa dan kos. Hal ini demikian kerana, AI dapat menjimatkan masa pekerjaan kita dalam masa yang singkat. Di samping itu, dapat meningkatkan produktiviti manusia. Hal ini demikian kerana, AI juga dapat memberikan idea yang bernas dalam meningkatkan produktiviti dalam setiap pekerjaan manusia seharian. Akhir sekali, dapat menghasilkan produk yang berkualiti. Hal ini demikian kerana, AI akan mengumpulkan jawapan mengikut kehendak manusia dan cuba memberikan penyelesaian masalah dalam meningkatkan kualtiti produk yang dihasilkan. Akan tetapi, kita tidak boleh menolak bahawa AI juga mempunyai beberapa kelemahan dalam memberikan jawapan.

Kekurangan AI dalam Memberikan Jawapan

Antaranya berlaku ekspoitasi oleh pihak atasan AI. Hal ini demikian kerana, AI banyak dikuasai oleh negara maju. Tambahan pula, negara yang mempunyai AI berhak menarik segala-galanya kebenaran penggunaan AI dalam kehidupan seharian manusia. Selain itu, mempunyai jawapan yang banyak. Hal ini demikian kerana, AI tidak dapat membezakan baik dan buruk semasa memberikan solusi. Ada kalanya, solusi yang tidak masul akal juga boleh diberikan oleh AI. Di samping itu, sentiasa bergantung dengan AI. Hal ini demikian kerana, manusia akan sentiasa mencari AI dalam mencari penyelesaian masalah. Seterusnya, berlakunya cetak rompak hak cipta. Hal ini demikian kerana, AI mengambil sumber orang lain tanpa memberikan sumber yang sebenarnya bahkan mengambil sumber tersebut untuk dijadikan latihan Algoritma AI. Akhir sekali, manusia akan menjadi lebih malas dan tidak berdaya saing. Hal ini demikian kerana, semua penyelesaian berada di hujung jari dan gajet tanpa perlu berfikir dengan panjang.   

 

Kaedah Lebih Baik

    Rujukan hukum-hakam Islam yang hakiki ialah al-Quran, Sunnah, Ijmak, Qiyas dan boleh difahami serta dihuraikan oleh ulama mujtahid. Orang awam (muqallid) wajib bertanya kepada ahli ilmu:

“Maka bertanyalah kamu kepada ahli zikir jika kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Nahl: 43)

AI (seperti ChatGPT, Gemini dll) bukan ulama dan bukan sumber autoritatif, tetapi AI juga berfungsi sebagai alat untuk membantu carian ilmu, sama seperti buku, ensiklopedia, atau nota kuliah. Hukum menggunakan AI untuk cari hukum Fiqh adalah harus atau dibolehkan jika tujuannya adalah untuk mengetahui pandangan awal ulama, rujukan umum dan gambaran kasar dan mendapat sumber rujukan (nama kitab, fatwa, dalil). Akan tetapi, tidak boleh bergantung sepenuhnya kerana AI boleh tersalah, terlepas konteks, atau memberi pandangan bercampur. Adalah tidak wajar terus mengamalkan hukum yang ditemui oleh AI tanpa pengesahan ulama atau fatwa berautoriti. Antara kaedah atau amalan terbaik adalah menggunakan AI untuk dapatkan gambaran awal & rujukan kitab. Kemudian semak dengan ustaz/ulama/majlis fatwa untuk kepastian. Selain itu, lebih baik juga berjumpa dengan guru Fiqh yang bertauliah dan diiktiraf oleh institusi pendidikan atau Jabatan Agama Islam Negeri atau Persekutuan. 

Kesimpulan 

    Sudah terang lagi bersuluh, hukumnya adalah harus menggunakan AI untuk mencari maklumat fiqh seperti membaca buku, artikel, atau ensiklopedia agama. Selain itu, tidak boleh dianggap fatwa muktamad. Hal ini demikian kerana, AI hanya menyusun maklumat daripada sumber yang dipelajari dan disusun oleh ulama. Di samping itu, adalah berhati-hati dalam setiap jawapn yang diberikan. Hal ini kerana, jawapan AI mungkin bercampur antara pendapat, ringkasan, atau ada kesilapan. Oleh yang demikian, amalan terbaik adalah jadikan AI sebagai rujukan awal atau panduan belajar, kemudian sahkan dengan ulama, ustaz, atau institusi fatwa rasmi.
     

Akhir kalam, AI ialah alat bantu ilmu, bukan pengganti mufti.

Rujukan 

BAGAIMANA AI BOLEH MENAMBAHBAIK KEHIDUPAN SEHARIAN MANUSIA: https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/11/17/bagaimana-ai-boleh-menambahbaik-kehidupan-seharian-manusia/#:~:text=Automasi%20Tempahan%3A%20AI%20memudahkan%20proses,atau%20makanan%20melalui%20sistem%20automatik.&text=Pemantauan%20Cuaca%3A%20AI%20boleh%20meramal,pengurusan%20sisa%20dan%20optimasi%20sumber.

 

Al-Mawaqif #23: Masa Depan Islam dan AI: https://zulkiflialbakri.com/22-masa-depan-islam-dan-ai/

Kilang-Kilang Di China Kini Beroperasi Dalam Gelap 24 Jam:  https://wiser.my/kilang-kilang-di-china-kini-beroperasi-dalam-gelap-24-jam

Ulasan