Langkau ke kandungan utama

Isu 3: Adakah Ritual Kuda Kepang Sangat Bercanggah dengan Syariat Islam?

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita ritual kuda kepang di Batu Pahat, Johor. Video yang tular tersebut banyak bercanggah dengan syariat Islam dan boleh membuka kunci kesyirikan tanpa sedar. Pada mulanya, video nak seperti biasa tetapi menjadi lebih ekstrim apabila setiap seorang akan dirasuki jin dan melakukan aksi yang tidak layak ditunjukkan kepada tontonan umum. Bahkan yang paling ironinya, ritual ini dilakukan pada setiap minggu. Adakah kita ini ingin mengudang bala daripada Allah SWT. Hal ini sangatlah bercanggah dengan prinsip syariat Islam bahkan ada lelaku dan perempuan sangat berdekat di satu tempat dalam video tersebut. Ini menunjukkan betapa sedihnya orang Melayu kita masih lagi mengamalkan ritual ini setelah pengharaman kuda kepang di Johor. Selain itu, tarian kuda kepang tradisional mempunyai unsur pemujaan dan kerasukan sudah difatwakan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Johor yang bersidang pada 18 Februari 2009. Persoalannya adalah masihkah kita ingin meneruskan ritual ini sedangkan ianya membawa kemungkaran Allah SWT. Adakah pihak berkuasa hanya berdiam diri sahaja tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya.

Perkara-perkara inilah yang menyebabkan orang tidak perasan itu adalah syirik. Antaranya ritual pemujaan. Hal ini kerana pemujaan adalah satu bentuk syirik yang tidak kamu perasan bahawa kamu sedang syirik kepada Allah SWT dengan meminta bantuan mistik daripada makhluk Allah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Selain itu, ritual kerasukan. Hal ini merasuk ini adalah perbuatan yang bercanggah dengan Islam dan membiarkan badannya dirasuki oleh jin-jin yang kita tidak tahu dan tidak kenali secara mendalam. Oleh yang demikian, ini adalah perbuatan yang salah dan tidak patut dilakukan khususnya di tempat awam. Cubalah fikir sebelum lakukannya, mana tahu jin itu menyalahgunakan badan tersebut untuk melakukan jenayah yang zahir. Buruk padahnya nanti.

Kita sudah sedia maklum, ritual ini HARAM dan bercanggah dengan syariat Islam. Dengan ini, saya sebagai Admin website ini ingin menegaskan apa sahaja upcara atau ritual yang bercanggah dengan Islam termasuk sihir adalah HARAM dan BERDOSA BESAR. Saya memohon semua pihak mengambil tindakan yang serius tentang ini. Untuk makluman semua, tindakan telah di ambil oleh Exco Agama Islam Johor dan pihak berkuasa telah menyiasat akitiviti ini. Saya juga memohon semua orang agar tidak terlibat dengan ritual yang membawa kepada syirik kerana ini adalah salah satu dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah SWT. 

Kesimpulannya, ritual kuda kepang yang mempunyai unsur pemujaan dan kerasukan beramai-ramai atau individu adalah haram. Oleh itu, semua pihak perlulah memainkan peranan yang penting dalam membasmi ritual ini dalam menjaga hak Allah dan Rasullah SAW supaya negeri Johor menjadi negeri yang makmur dan bebas daripada perbuatan keji dan mungkar. Apa gunanya kemerdekaan ini tetapi tidak bebas daripada perbuatan yang keji dan mungkar.

Sekian daripada saya. Assalamualaikum wbt...

Sumber Rujukan:
1. PAS mengesa pengambilan tindakan pengharaman kuda kepang: https://malaysiagazette.com/2025/08/29/pas-johor-desak-fatwa-pengharaman-permainan-kuda-kepang-diwarta-segera/
2. Fatwa Negeri Johor: https://said.johor.gov.my/perkhidmatan/paparan_detail_fatwa.php?id=277
3. Sinar harian berkenaan isu ritual kuda kepang: https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/745655

Videonya tidak dipaparkan kerana tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

Ulasan