Langkau ke kandungan utama

Aliran Akidah/Tauhid dan Aliran Fiqh

Kami warga pendidik SASM berpegang teguh akan aliran Akidah/Tauhid iaitu Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah dan mengamalkan fiqh aliran mazhab As-Syafie serta mengajar dan mengamalkan kepada seluruh guru dan murid. Hal ini demikian kerana, terdapat percubaan dalam memecahkan umat Islam khusunya di Malaysia. 

MAHA SUCI ALLAH SWT daripada perkara-perkara yang disamakan dengan makhluk. ALLAH TIADA TANGAN, TIADA KAKI, TIADA MATA YANG SAMA SEPERTI MAKHLUK LAIN. Kebanyakkan daripada mereka cuba BRAINWASH akidah umat Islam dengan pemahaman yang literal. WAHABI atau dikenali SALAFI suka memainkan isu perselisihan pandangan Ulama' dan tidak terbuka minda serta tidak berlapang dada dengan perbezaan dan membid'ahkan umat Islam yang lain. Bahkan yang lebih parah, mereka yang berfahaman ini menganggap Allah SWT itu bertempat seperti Allah berada di atas langit, alam ghaib, istiwa' dan sebagainya. 

ALLAH SWT MAHA KAYA. Hal ini demikian kerana, Maha Kaya Allah bermaksud Allah tidak berhajat kepada yang lain/makhluk lain. Jika Allah bertempat nescaya Allah tidak Maha Kaya kerana tempat adalah MAKHLUK CIPTAAN-NYA sedangkan Allah tidak perlu kepada tempat bahkan sejak Azali lagi "TEMPAT" TIDAK WUJUD PADA MASA ITU. 

Terdapat banyak artikel yang menceritakan tentang kesesatan Salafi Wahabi TETAPI terdapat segelintir masyarakat yang memandang enteng terhadap isu ini. Oleh itu, kami ada senaraikan kepada Tuan/Puan dalam menyemak dan memahami terhadap Fahaman Mereka ini.

Antaranya:

FAHAMAN WAHABI

https://dewan.selangor.gov.my/question/fahaman-wahabi/

https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/photos/wahabi-tidak-sesuai-diamal-di-malaysiashah-alam-majlis-fatwa-kebangsaan-memutusk/903763776340859/

https://www.jais.gov.my/wp-content/uploads/2023/12/1.BIDASAN-TERHADAP-PENOLAKAN-ASHAIRAH-SEBAGAI-AHL-AL-SUNNAH-WA-AL-JAMAAH.pdf



Ulasan